Français        Deutsche        Suomi        Español        Português        Vlaams        Nederlands        中国        Italiano        עברית 

Hrvaščina        Lietuvių        česká        Español de América Latina        English        Shqiptar        Slovenščina        عربي

Soalan Lazim 

Q: Bagaimanakah saya boleh mengetahui/mengesan jika pengisar saya terjejas?

A: Sila periksa dan rekodkan kod tarikh, yang boleh didapati pada label pengadaran di sebelah bawah produk. Tanggalkan plag unit. Keluarkan balang pengisar dan lihat di sebelah bawah unit.

 

Label pengadaran boleh didapati di sebelah bawah produk ini yang menunjukkan jenis BLM80 dan kod tarikh daripada 14x01 hingga 15x22

 
 

Terdapat kod rujukan selepas perkataan "Type". Sekiranya ia BLM80, ini adalah model yang terjejas.

Kemudian terdapat kod tarikh, betul-betul di bawah kod jenis. Ia dicop tanpa dakwat pada label.

Kod tarikh terdiri daripada 5 digit, yang ketiga adalah satu huruf.

Jika kod tarikh adalah antara 14x01 hingga 15x22, maka unit anda terjejas.

Akhir sekali, sila periksa jika anda nampak apa-apa kod dicop pada bilah.

Jika tiada, maka bilah anda masih belum diganti.

Q: Sudah berapa lama anda tahu tentang isu ini?

A: Isu ini telah dikenal pasti baru-baru ini semasa ujian dalaman rutin. Isu adalah berkaitan dengan bilah bawah pada pemasangan bilah.


Q: Saya sudah tidak mahukan pengisar ini, bolehkah saya mendapatkan yang baru atau bayaran balik?

A: Hanya bilah bawah pada pemasangan bilah yang mungkin bermasalah: bukan bahagian pengisar yang lain. Anda akan diberikan pemasangan bilah baharu secara percuma. Anda kemudiannya akan dapat menggunakan semula unit anda.


Q: Adakah terdapat sebarang kes berkaitan yang dilaporkan setakat ini? Jika ada, berapa banyak?

A: Kenwood belum menerima kes yang dilaporkan setakat ini.


Q: Pengisar saya terjejas, apakah yang perlu saya lakukan seterusnya?

A: Sila pergi ke www.blendxproblm800safetynotice.com dan daftarkan produk anda. Setelah anda mendaftar, anda akan menerima pek gantian dalam tempoh 7-10 hari bekerja. Pek gantian ini mengandungi bilah baharu, arahan ringkas mengenai cara untuk memasangnya dan label prabayar untuk anda memulangkan bilah lama kepada kami.


Q: Pengisar saya berfungsi dengan baik, oleh itu, saya tidak mahu melakukan apa-apa tentang hal ini- bolehkah saya berbuat begitu?

A: Tidak, masalah boleh timbul dalam produk anda jika kod tarikhnya adalah termasuk dalam kod tarikh yang terlibat dalam panggilan balik dan bilah tersebut belum lagi ditukar (bilah baharu mempunyai kod yang dicop padanya, yang lama tiada). Anda mesti berhenti menggunakan produk tersebut, mendaftar dalam laman web yang ditetapkan (www.kenwoodworld.com, bahagian sokongan pengguna atau www.blendxproblm800safetynotice.com) untuk menerima pemasangan bilah baharu, selepas itu anda boleh menggunakan semula alat itu.


Q: Bilah saya sudah hancur, apakah yang akan anda lakukan mengenai hal ini?

A: Jika bilah anda sudah patah pada masa ini, sila pergi ke www.blendxproblm800safetynotice.com dan daftarkan produk anda. Setelah anda mendaftar, anda akan menerima pek gantian dalam tempoh 7-10 hari bekerja. Pek gantian ini mengandungi bilah baharu, arahan ringkas mengenai cara untuk memasangnya dan label prabayar untuk anda memulangkan bilah lama kepada kami.

Jika balang pengisar anda telah dirosakkan oleh bilah yang patah, sila nyatakannya di bahagian Komen pada pendaftaran anda. Kami akan bekerjasama dengan anda untuk menggantikan bekas pengisar yang baru.

Jika anda telah menggantikan bilah tersebut, anda masih perlu periksa jika bilah dalam produk anda adalah yang baru atau bukan. Bilah baharu mempunyai kod yang dicop padanya. Jika tiada kod sedemikian dicop pada bilah anda, anda mesti berhenti menggunakan produk tersebut, mendaftar dalam laman web yang ditetapkan (www.kenwoodworld.com, bahagian sokongan pengguna atau www.blendxproblm800safetynotice.com) untuk menerima pemasangan bilah baharu, selepas itu anda boleh menggunakan semula alat itu.


Q: Ada sesiapa yang boleh membantu saya mendaftarkan produk saya?

A: Jika anda inginkan bantuan dalam mendaftarkan produk anda, sila rujuk pada bahagian ‘perkhidmatan dan khidmat pelanggan’ di bahagian belakang Buku Arahan. Di sini anda akan mendapati nombor telefon perhubungan untuk menghubungi ahli pasukan Khidmat Pelanggan Kenwood bagi membantu anda


Q: Berapa lama masa yang diambil untuk bahagian gantian saya sampai?

A: Pek gantian akan mengambil masa kira-kira 7-10 hari bekerja. Sekiranya terdapat sebarang kelewatan, anda boleh menghubungi kami menggunakan borang di www.blendxproblm800safetynotice.com


Q: Sudahkah badan pengawalseliaan diberitahu tentang isu ini?

A: Sudah tentu, panggilan balik secara sukarela ini dijalankan dengan kerjasama badan pengawalseliaan kebangsaan untuk keselamatan produk pengguna.


Q: Mengapakah saya tidak diberitahu mengenainya sebelum ini?

A: Isu ini telah dikenal pasti baru-baru ini semasa ujian dalaman rutin. Selepas itu, Kenwood telah melancarkan proses untuk memanggil balik produk tersebut dan anda telah dihubungi secepat mungkin.


Q: Adakah saya perlu menanggung apa-apa kos?

A: Tiada, tidak perlu. Anda akan menerima bilah baharu di rumah anda secara percuma dan label prabayar untuk anda memulangkan bilah lama kepada kami.


Q: Apakah yang membuatkan anda menyedari isu ini?

A: Ujian dalaman rutin.


Q: Bolehkah saya terus menggunakan pengisar saya semasa saya menunggu bahagian gantian?

A: Tidak, anda mesti berhenti menggunakannya dengan serta-merta.

Tidak, anda mesti berhenti menggunakannya dengan serta-merta.


Q: Saya tidak lagi memiliki produk ini, ada apa-apa yang perlu saya lakukan?

A: Jika anda tahu di mana produk tersebut, sila e-mel kepada blendxprosafetynotice@stericycle.com secepat mungkin untuk memberikan butiran pemilik baru. Stericycle kemudiannya akan menghubungi pemilik baru untuk memaklumkan mereka tentang panggilan balik ini.

Jika anda telah membuangnya, sila e-mel kepada blendxprosafetynotice@stericycle.com secepat mungkin untuk memaklumkan tentang pembuangan tersebut.


Q: Saya telah mengalami masalah dengannya dan telahpun menggantikan bahagian tersebut, bolehkah saya mendapatkan bayaran balik?

A: Jika anda telah menggantikan bilah tersebut, anda masih perlu periksa jika bilah dalam produk anda adalah yang baru atau bukan. Bilah baharu mempunyai kod yang dicop padanya. Jika tiada kod sedemikian dicop pada bilah anda, anda mesti berhenti menggunakan produk tersebut, mendaftar dalam laman web yang ditetapkan (www.kenwoodworld.com, bahagian sokongan pengguna atau www.blendxproblm800safetynotice.com) untuk menerima pemasangan bilah baharu, selepas itu anda boleh menggunakan semula alat itu.


Q: Adakah mana-mana model lain yang terjejas?

A: Tidak, hanya model BLM800 ini yang terjejas.


Q: Saya tidak dapat mengingati bila saya membeli pengisar saya, adakah ini penting?

A: Tidak, ia tidak penting.